Monday, August 11, 2008

Syaaban.

Syaaban je, orang ingatkan Nisfu Syaaban.
Dalam kalendar ade tarikh nisfu.
Kalau ditanya
apa dia Nisfu tu
....... cuti le

masa berlalu...
macam-macam pandangan
macam-macam hujah dikemukakan.
Kaji dan pilih mana yang haq
amalkan.
Jangan jadi pak turut.

Tambahkan ilmu
berijtihad dan membimbing umat
cari kebenaran.

beramal bukan kerana orang
ikhlas kerana Allah.

Cari ilmu sehingga ke negeri Cina
belajar dari orang cina
belajar macam orang cina
belajar sejauh negeri cina

cari bila mula syaaban
... ada kat mana
ramadhan ada dalam al-quran.....

mana timbul syaaban... kena cari

bila tiba syaaban...
apa perlu buat
apa kena buat


.....nanti bersambung cerita sebenar....

Sunday, July 20, 2008

YASSIER BERTANYA : POKOK BETIK BOLEH PANJAT KE?

Soalan cepumas la

Pokok Betik Boleh Panjat ke?

Hari-hari dalam TV sering iklankan dua gadis berlumba-lumba kemudian panjat pokok ambil buah.

Bila anak bertanya itu buah apa? Jawab ayah betik

Tapi pertanyaan berhenti kat situ. Penjelasan dari ayah tak diberikan
Yang dinantikan adalah sambungan kepada cerita di tv selepas iklan berlalu

Masa terus berlalu
Hari bertukar minggu

Satu petang, sedang ayah leka dengan program kegemaran di tv, Yassier datang bertanya

Ayah, pokok betik boleh panjat ke?
Tak boleh, ringkas je ayah jawab

Habis tu, macam mana nak ambil buah
Kait pakai galah, ringkas juga jawab ayah

Galah tu sebatang ke sebuah, soal dia lagi
Sebatangla, kata ayah

Galah tu nak buat macam mana? sambung dia

Biasanya galah dibuat dari batang buluh, di hujung dia kita ikatkan raga ke, bakul ke supaya buah tak jatuh. Kalau jatuh takut pecah atau rosak.
Galah tu ada yang panjang ada yang pendek.
Pokok betik tak boleh panjat sebab batang dia berlubang didalam.
Ada pokok yang kita boleh panjat bila nak ambil buah, macam mangga, rambutan, kelapa, dan manggis. Pokok durian orang tak panjat, dia jatuh sendiri.
Kali ni panjang sikit jelas ayah.

Ha, kalau jawab cam tu ayah kena tulis dalam blog, he he he, ada yang mencelah.

Semalam ayah termenung selepas anak-anak (yang masih kat rumah) semua dah tidur . Yang dalam perjalanan atau diperantauan.... ayah tak tahu dah tidur ke belum

Rupanya baru ayah sedar, walaupun ayah dari kampung yang penuh dengan asal usul buah-buahan.... tapi anak-anak bukannya dari kampung lagi. Semua membesar dan menimba pengalaman yang jauh berbeza .

Ni baru satu soalan, entah ada berapa banyak soalan lagi dari kesemua anak-anak ayah.

Ayah tunggu soalan je, he he he.

Ayah akan berkongsi pengalaman kat sini.

Saturday, July 19, 2008

siang dan malam

siang dan malam
satu perbandingan yang mudah

siang dan malam
semua manusia tahu erti siang dan erti malam
tapi bila disebut siang dan malam
ada manusia yang susah nak faham kenapa siang dan kenapa malam

siang bila ada matahari
siang bila matahari sudah terbit sehingga matahari terbenam
kenapa perlu siang
binatang perlukan siang untuk apa
tumbuhan perlukan siang untuk apa
manusia perlukan siang untuk apa

kalau dedaun yang hijau untuk buat makanan, bagaimana dengan pokok yang tak berdaun hijau... mungkin biru ke
kelawar tidur je bila siang, tapi cari makan waktu malam

kemudian datang pula malam

hari-hari siang dan hari-hari malam tak sama dengan hari siang dan hari malam
siang hari dan malam hari macam mana pula

pening, pening, pening

sehari adalah gabungan siang dan malam
sehari adalah siang dan malam
sehari tak semestinya siang dan malam
tapi
betul ke sehari 24 jam atau
24 jam tu sehari

kalau sehari tu siang dan malam
bagaimana dengan 6 bulan siang dan 6 bulan malam kat kutub tu

sehari juga ada diakhirat, sehari juga ada didunia
tapi kedua-duanya sehari yang tak sama
hari adalah bilangan
hari adalah masa
hari adalah kehidupan
jadi hari tu hidup la



siang dan malam adalah makhluk Allah


Kesemua Allah jadikan untuk hambanya berfikir.

Saturday, July 12, 2008

Buta dan Tak Nampak

Buta dan Tak Nampak

Dua perkataan belum tentu seerti
Kadang-kadang sering disalah erti

Buta dan Tak Nampak

Buta tidak semestinya tak nampak
Buta kadang-kadang lebih nampak dari yang tak buta
Ada yang buta tapi tak salah langkah, yang tak buta sering tersalah langkah

Buta bukanlah kelemahan, tak nampak boleh jadi kelemahan
Buta boleh berjalan tanpa sokongan, tak nampak perlukan bimbingan
Buta boleh menunjuk jalan, tak nampak membawa kesusahan