Sunday, July 20, 2008

YASSIER BERTANYA : POKOK BETIK BOLEH PANJAT KE?

Soalan cepumas la

Pokok Betik Boleh Panjat ke?

Hari-hari dalam TV sering iklankan dua gadis berlumba-lumba kemudian panjat pokok ambil buah.

Bila anak bertanya itu buah apa? Jawab ayah betik

Tapi pertanyaan berhenti kat situ. Penjelasan dari ayah tak diberikan
Yang dinantikan adalah sambungan kepada cerita di tv selepas iklan berlalu

Masa terus berlalu
Hari bertukar minggu

Satu petang, sedang ayah leka dengan program kegemaran di tv, Yassier datang bertanya

Ayah, pokok betik boleh panjat ke?
Tak boleh, ringkas je ayah jawab

Habis tu, macam mana nak ambil buah
Kait pakai galah, ringkas juga jawab ayah

Galah tu sebatang ke sebuah, soal dia lagi
Sebatangla, kata ayah

Galah tu nak buat macam mana? sambung dia

Biasanya galah dibuat dari batang buluh, di hujung dia kita ikatkan raga ke, bakul ke supaya buah tak jatuh. Kalau jatuh takut pecah atau rosak.
Galah tu ada yang panjang ada yang pendek.
Pokok betik tak boleh panjat sebab batang dia berlubang didalam.
Ada pokok yang kita boleh panjat bila nak ambil buah, macam mangga, rambutan, kelapa, dan manggis. Pokok durian orang tak panjat, dia jatuh sendiri.
Kali ni panjang sikit jelas ayah.

Ha, kalau jawab cam tu ayah kena tulis dalam blog, he he he, ada yang mencelah.

Semalam ayah termenung selepas anak-anak (yang masih kat rumah) semua dah tidur . Yang dalam perjalanan atau diperantauan.... ayah tak tahu dah tidur ke belum

Rupanya baru ayah sedar, walaupun ayah dari kampung yang penuh dengan asal usul buah-buahan.... tapi anak-anak bukannya dari kampung lagi. Semua membesar dan menimba pengalaman yang jauh berbeza .

Ni baru satu soalan, entah ada berapa banyak soalan lagi dari kesemua anak-anak ayah.

Ayah tunggu soalan je, he he he.

Ayah akan berkongsi pengalaman kat sini.

3 comments:

thaaqhib said...

prinsip hidup bersama ayah banyak mengajar kami brdikari dan berani meletakkan diri kami dalam kelompok yang ramai

kami jadi lebih berani dan berdaya saing serta berkemampuan

hingga kami lupa, kami anak-anak ayah.. alhamdulillah, keadaan sekarang banyak beri peluang untuk reset semula apa yang perlu.

untuk itu....

shah alam!!!; nantikan kami semula

Yassier said...

Wal0bagemanap0n...iklan dd tv mngatakn ia bleh dipanjat

thaaqhib said...

kalau nak ikut iklan... badak pun boleh naik kapal terbang.. sila lihat iklan bluehyppo..balek raya